Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g cameroon

❴Reading❵ ➿ Travelog Minda Tajdid Author Mohd Asri Zainul Abidin – Pandora-jewelry.co

Boleh dikatakan buku ini ialah sambungan buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, kerana buku ini mengumpulkan tulisan tulisan Dr Mohd Asri yang telah dipaparkan di blog beliau, www.drmaza.com selepas beliau melepaskan jawatan sebagai mufti Perlis Seperti biasa, Dr Asri mengulas isu isu semasa dengan ilmiah dan kritikal, dan menggalakkan pembaca untuk sendiri mengkaji Islam, bukan sekadar taqlid buta dan ikut ustaz semata mata. Bismillahirrahmanirrahim Satu pandangan yang kritis dengan hujah dari al Quran dan hadis Setiap isu yang dikupas dijelaskan dengan baik tanpa ada unsur politik mahupun kritikan kepada mana mana pihak Idea bernas dan mencakupi segenap aspek mengikut disiplin ilmu Himpunan artikel ini ditulis semasa penulis mengambil cuti sabatikal di Lampeter, UK. Antara Masalah Besar Sesiapa Sahaja Yang Berbicara Tentang Islam Sepanjang Zaman Adalah Soal Keikhlasan Jiwa Amat Sukar Menempatkan Jiwa Yang Tulus Ikhlas Dalam Mencari Reda Allah Dalam Perasaan, Meskipun Mudah Diucapkan Di LidahTravelog Minda Tajdid Ini Adalah Sebuah Catatan Daripada Hati Seorang Tokoh Yang Menjadi Rujukan Masyarakat Pada Masa Kini Mengulas Isu Yang Dikemukakan Berpkasikan Al Quran Dan Hadis, Menjadikan Pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ini Relevan Sepanjang Zaman Wahai Allah Yang Maha Hidup, Wahai Allah Yang Maha Berdiri Sendiri Dengan Rahmat Mu Aku Memohon Pertolongan Perbaikilah Setiap Urusanku Dan Jangan Serahkan Aku Kepada Diriku Walau Sekelip Mata Memang seperti apa yang aku expect dari Dr Asri Pandangan beliau tentang isu isu samada di Malaysia atau antarabangsa sentiasa memihak kepada pihak yang tertindas Beliau tidak mahu dengan penyakit Islamophobia, Islam dilihat sebagai pengganas , penindas.Tentang isu isu ibadah pandangan beliau boleh dirumuskan dengan Tegas dalam Aqidah, Luas dalam Fiqah.Cuma satu je yang aku pelik kenapa buku ni bertajuk Travelog. Penulis mengulas isu isu semasa dari konteks yang sangat mudah difahami.Baik dari isu Wahabi, isu Politik tanahair, mahupun isu Melayu.Selain itu, topik yang juga menarik untuk dibaca adalah Jangan Lebih Lajak dari Laju So this book is highly recommended Buku yang membuka mata dan minda Antara isi yang penting adalah untuk meletakkan Islam pada tempat yang wajar, iaitu lebih tinggi dan lebih utama dari kuasa politik dan istana.Buku yang santai walaupun isunya agak berat Tak terlalu mendalam tetapi cukup untuk jadi dasar yang bagus.Moga Dr Maza terus diberi kekuatan untuk berkongsi buah fikirannya dengan semua penuntut ilmu. Seperti yang diungkap oleh pemikir dan ulama, Dr Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr MAZA Tajdid atau pembaharuan renewal adalah satu keperluan Jika tidak kerana gerakan atau usaha tajdid sepanjang sejarah umat ini tentulah Islam menjadi begitu lemah dan hilang kemampuannya Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud menyebut Sesungguhnya Allah akan menghantar untuk umat ini setiap awal seratus tahun sesiapa yang mentajdidkan untuk umat ini agamanya.Tajdid bukan bererti mendatangkan agama baru Di sini dua maksud tajdid boleh diberikan pertama, tajdid bermaksud mengembalikan wajah asal agama seperti kita membaharukan semula sesuatu yang telah menjadi buruk atau akan luput tarikhnya Pembaharuan atau tajdid bererti yang asal itu wujud, tetapi keadaan dan masa menuntut ia dibaharukan Contoh yang praktikal adalah kita membaharukan lesen memandu atau selainnya Lesen asal itu ada, tetapi dipembaharuan dibuat disebabkan ia menjadi lama atau luput.Kedua, tajdid juga boleh bermaksud benar benar mendatang sesuatu yang baru disebabkan kerana keperluan dan tuntutan yang baru yang tiada pada zaman sebelumnya seperti manusia mengadakan kenderaan moden, tetapi atas asas yang sama iaitu kehendakan manusia untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Islam itu indah Tidak terikat dengan mana mana tokoh, parti politik atau mana mana institusi sekalipun Dalam buku ini, banyak isu yg membuka minda dan haruslah, saya masih perlu merujuk dengan lebih disiplin.Perihal poligami dan wahabi contohnya Malah ada juga dibicarakan di dalam satu artikel mengenai isu yg berputar sebulan dua ini berkaitan ulama dan profesional dalam pemerintahan Dan betullah, pertembungan yg sengaja ditimbulkan sesetengah pihak ini lebih banyak membuang waktu drpd membuahkan manfaat.Juga pelbagai artikel lain yang menjernihkan Teruja juga saya untuk merasai pengalaman merantau di negara Barat Saya sendiri sudah immune dengan kerenah arab di sini semoga baki beberapa tahun di bumi anbiya ini, dpt dimanfaatkan sepenuhnya utk kebaikan semua.Semoga Allah merahmati penulis. Seperti biasa, kumpulan artikel Dr Asri sangat mencerahkan dan membuka minda, malah sangat sesuai dengan konteks semasa Buku ini dimulakan dengan beberapa artikel yang berkait rapat dengan suasana di barat, atau setidaknya sejarah barat dan pengajaran di sebaliknya, serta pandangan Islam terhadap situasi tersebut Tetapi bermula di bahagian tengah buku, artikel yang dimuatkan hampir tiada apa apa kaitan pun dengan unsur travelog yang ditunjukkan di hadapan buku sehinggalah artikel akhir Ini semua hanyalah artikel artikel yang pernah dimuatkan di blognya sahaja sepanjang tempoh keberadaannya di United Kingdom Dalam artikel terakhir Dr Asri menulis, beliau tidak begitu suka menulis tentang dirinya sendiri apa yang dialaminya sebagai contoh sebaliknya pembaca boleh melihat yang artikel tentang Barat yang ditulisnya lebih menjurus kepada suasana dan sejarah Barat Sebab itu jika anda ingin membaca buku ini, jangan harapkan tulisan seperti yang terkandung dalam travelog travelog Ustaz Hasrizal Apapun, hanay disebabkan faktor ini, saya berikan 4 bintang, jika tidak, artikelnya sudah tentu 5 bintang Dalam zaman sekarang ini di Malaysia di mana banyak ustaz ustaz sekarang hanya layak digelar ustaz parti politik tertentu, sukar bagi kita untuk mencari seorang ilmuwan yang betul betul adil dalam memberi pandangan, mengkritik mahupun mengeluarkan hukum tanpa dipengaruhi sentimen sentimen luaran Sebagai seorang bekas Mufti Perlis dan pensyarah di USM, segala artikel artikel yang ditulis beliau benar benar bersifat Tajdid, tidak jumud Seperti buku beliau yang saya baca sebelum ini, buku kali ini juga penuh dengan idea idea pembaharuan dalam pelaksanaan Islam yang sebenar di Malaysia Sebenarnya, hanya di Malaysia yang dianggap baharu sedangkan perkara ini memang antara ajaran Islam Ini berikutan negara kita sudah biasa terdedah kepada ajaran Mazhab Syafie dan apabila didedahkan dengan ajaran ajaran daripada ilmuwan ilmuwan Islam yang bermazhab lain, terus dianggap pelik dan lebih teruk lagi dianggap sesat Masyarakat kita kebanyakannya masih suka bertaklid buta dan taksub kepada sesetengah ustaz sehinggakan jika ada siapa siapa yang berbeza pendapat dengan ustaz mereka, dianggap lemah imannya.