Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g world of warcraft

[BOOKS] ⚣ Transformasi Ramadan By Hasrizal Abdul Jamil – Pandora-jewelry.co

Best EPub, Transformasi Ramadan By Hasrizal Abdul Jamil This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Transformasi Ramadan, Essay By Hasrizal Abdul Jamil Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You


10 thoughts on “Transformasi Ramadan

  1. says:

    Buku kedua yang saya selesaikan ialah Transformasi Ramadan Buku kedua Ustaz Hasrizal yang saya baca setelah Secangkir Teh Pengubat Letih Dibaca selang seli dengan Ma Yan Ini merupakan kompilasi artikel berkenaan dengan Ramadan Ringkas ringkas sahaja Cukuplah untuk memberi peringatan kepada kita tentang Ramadan Ada artikel itu boleh dibaca di blog penulis sendiri.Saya tertarik kepada artikel yang menyentuh tentang kalimah minal aideen wal faaizeen yang membawa pengertian kembali kepada fitrah dan inilah golongan yang berjaya Ia membawa kepada muhasabah yang panjang untuk meneliti diri sendiri adakah sudah berjaya pada Ramadan ini Adakah Ramadan ini hanya berjaya dari sudut menahan dahaga , lapar dan pelaksaaan tarawih sahaja tetapi tiada pencapaian dari sudut ketaqwaan Setiap diri mampu menjawabnya dengan jujur.Ramadan merupakan bulan perjuangan membersihkan diri agar semakin tunduk kepada penciptaNya Bertuahlah kita jikalau kita termasuk dalam golongan orang orang yang menghargai Ramadan Ada 3 4 hari lagi sebelum Syawal Masih sempat kita bekerja keras Muhasabah balik dengan rasa ikhlas bertuhan Selepas ini kita berjuang pula untuk konsisten selepas Ramadan Berpenat penatlah di dunia kerana rehat kita di akhirat.Orang orang soleh dahulu kala, sentiasa berdoa dalam 6 bulan selepas Ramadan agar diterima amalan puasa mereka pada bulan Ramadan itu dan mereka berdoa lagi 6 bulan sebelum Ramadan akan datang agar dipertemukan dengan Ramadan lagi Semoga kita mengakhiri Ramadan ini dengan kejayaan dan bertemu semula denganya pada tahun hadapan untuk mengulangi kejayaan itu sekali lagi.


  2. says:

    Bismillah A really good book, dan ustaz Hasrizal membahagikan buku ini kepada 3 peringkat penting iaitu, sebelum, semasa dan selepas Ramadan diakhiri dengan resepi masakan, unik Saya membaca buku ini setiap kali Ramadan, dan ini kali ke 4 saya membaca nya Sentiasa segar, sentiasa rasa baru pada pemikiran saya, dan tidak jemu Bezanya, kali ini saya membacanya setelah ustaz kini bukan lagi penceramah motivasi atau sebagainya, dan rasa sedikit seperti membaca Ustaz Hasrizal yang dulu Haha.Ustaz Hasrizal yang dulu bukan lah yang sekarang..Saya kira, buku Transformasi Ramadan ini berjaya mencapai peringkat seperti mana namanya Ustaz Hasrizal memberikan analogi yang amat santai namun kena dengan maksud yang nak disampaikan Apa yang saya suka daripada buku ini, Ustaz menceritakan serba sedikit pengalamannya dan dikaitkan dengan informasi atau isu yang mahu diutarakan.Walaubagaimana pun, buku ini sangat direkemenkan buat semua, terutama menjelang musim Ramadan ini Sekiranya sudah masuk Ramadan pun, tiada masalah untuk membacanya Malah, sekiranya anda sudah terlepas Ramadan pun, tetap tiada masalah.Insya Allah Selamat membaca p s Saya suka prolog buku ini Antara agama dan ritual agama beragama tanpa Tuhan


  3. says:

    Transformasi membantu menghidupkan roh Ramadhan yang hilang selama ini akibat salah faham manusia.Mungkin selama ini kita berpuasa kerana adat kerana kita tidak faham perintah berpuasa daripada Allah itu dengan sebenar benarnya.Lakukanlah puasa dengan mind setting diri ini hamba kepada Allah.InsyaAllah kita akan lebih memahami hakikat puasa di bulan Ramadhan.


  4. says:

    Bukan buku yang bertujuan membahaskan seputar persoalan hukum perundangan berkaitan puasa Seperti kata penulis, ia bukan khusus sebagai manual Fiqh.Asas utama yang mahu dicerna dari buku ini adalah menghayati semula apa yang mungkin terlalai, menjernihkan apa yang tercemar, meluruskan kefahaman yang tersasar tentang puasa ramadan.Kiranya, bertambah umur, diharap seiring grafnya dengan pertambahan ilmu amal.Jika bagi kanak kanak, apa yang difahamnya tentang puasa adalah seputar kena bangun sahur seawal jam 4 5 pagi, tak boleh makan minum sehingga menjelang maghrib, berpeluang berbelanja mewah di bazar ramadan, terawih disurau, tadarrus Al Qur an, main mercun sana sini, kuih raya, duit raya Seronok hati dan jiwa.Semua itu habis dirai selama sebulan sebelum kembali seperti biasa Kembali kepada rutin harian untuk sebelas bulan seterusnya Tiada yang istimewa, sekadar mengulang adat dan perlakuan di ramadan yang sebelumnya.Asas dan tujuan ramadan puasa itu sudah lama tertulis dalam kalam Tuhan lebih seribu tahun lampau Ya, manusia biasa, kita terkadang memang lupa agar dengan puasa itu kamu menjadi insan yang bertakwa Al Baqarah 2 183 Nikmat ramadan puasa masuk hari ke 10 Sekejap masa berlalu, tapi masih ada kesempatan untuk kembali persiapkan diri Masih ada waktu yang terbentang luas perkemas ilmu, kefahaman, penghayatan kita pada ibadah puasa.Selepas ramadan, berjayakah diri sendiri menjadi tuan yang memimpin nafsu atau kekal dipandu nafsu Takwa menjadi muslim yang lebih baik dair segi aqidah, iman dan akhlaknya Itu target utama dan tertinggi.


  5. says:

    Alhamdulillah membaca buku ini sepanjang Ramadhan memberi erti berlainan kepada Ramadhan tahun ini Coretan Ustaz Hasrizal tentang Ramadhan sangat menyegarkan jiwa Ramadhan bukan hanya bulan puasa tapi bulan di mana kita berusaha mencapai taqwa Buku yang sesuai untuk sesiapa yang menghayati Ramadhan dalam erti kata sebenarnya


  6. says:

    Sebuah catatan yang mengajak kita untuk menyemak diri sejauh mana Ramadhan dan Aidilfitri itu dihayati dan apakah kesannya setelah sebulan Ramadhan itu dilalui Satu pendekatan yang menarik dalam membincangkan soal ibadah berpuasa dan yang lebih menarik lagi penulis turut berkongsi resepi masakan kegemaran beliau di akhir bab buku ini.


  7. says:

    Sudah lama sebenarnya saya menghadam buku ini Kira kira 5 tahun lepas Dan saban tahun, menjelang Ramadhan, saya akan membelek semula buku ini Buku ini bukan buku fiqh, lantas jangan cari bab niat bagaimana, ganti puasa bagaimana Tiada Tapi buku ini ibarat minyak yang menyalakan sumbu, menghiasi ramadhan yang berjalan Terima kasih untuk buku yang menghidupkan ini.