Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g space

Tak Kenal Maka Tak Cinta Prime – Pandora-jewelry.co

Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta Adalah Merupakan Sebuah Ebook Ilustrasi Yang Memberikan Panduan Tips Di Dalam Berkomunikasi Dan Membina Hubungan Mesra Sesama InsanKomunikasi Hebat Efektif Adalah Penting Untuk Menguasai Situasi Dan Menangani Konflik Serta Jurang Yang Wujud Antara Dua Pihak Tidak Kira Sama Ada Komunikasi Antara Isteri Suami, Ibu Bapa Anak Anak, Guru Murid Murid, Bos Pekerja, Mahupun Dengan Rakan Rakan Serta Jiran Jiran Semuanya Ada Dikupaskan Di Dalam Ebook IniMotivasi Dan Inspirasi Yang Dipersembahkan Dalam Pelbagai Ilustrasi Unik Dengan Lebih Watak Watak Kartun Dan Sketsa Masyarakat Ini, Bakal Membuka Dimensi Baru Di Dalam Pemikiran Ummah Ke Arah Mendepani Cabaran Dunia Tanpa Sempadan


10 thoughts on “Tak Kenal Maka Tak Cinta

  1. says:

    Buku ini nipis sahaja Kalau dibaca sekali lalu hanya 20 minit yang diperlukan Ialah hanya 88 muka surat sahaja Tambah lagi setiap helaian penuh dengan lakaran ilustrasi dan dialog pendek 2 3 ayat sahaja.Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, bila dicerna apa yang disampaikan di bahagian bahagian terakhir buku ini memang buat KakChik belek semula ke bahagian hadapan Betullah, sekeping gambar ilustrasi itu boleh diterjemahkan dengan pelbagai andaian dan juga pendapat Sudah tentu akan ada perbezaan antara setiap insan tapi KakChik pun kadang kala berubah perspeksi apabila ulang baca buku nipis ini.Buku yang diterbitkan 2 tahun lalu dalam bentuk e book ini memang padat dan tepat dengan kehendak masyarakat kita masa kini yang sentiasa mengejar masa Memang nipis ringan isi yang padat ilustrasi yang menarik Sangatlah menarik untuk dibaca Kertas juga agak tebal bukan seperti helaian nipis buku biasa Jadi di situ seperti menambah nilai tarikan.Isi isu yang dikupas juga sangat dekat dengan keadaan kita masa sekarang Namun kepesatan teknologi itu boleh sahaja digambarkan dari sudut positif jika kita iaitu diri individu itu sendiri yang perlu bijak untuk menggunakannya.Semoga jalan dakwah moden ini akan terus berkembang dan mampu meresap dalam hati hati kita Target seterusnya memburu siri siri yang telah diterbitkan berkaitan dakwah moden ini Ilustrasi sangatlah cantik.Notakaki Selepas membaca dua buku ala ala komik islamik, terus jatuh cinta Kadang kala lakaran ilustrasi itu memang boleh buat otak terus rasa tenang damai.


  2. says:

    Buku ilustrasi dari Ust Hasrizal Penuh dengan nasihat dan sindiran tajam Pendek tapi perlu dihadam maknanya yang tersirat dan tersurat Its a cheat book It takes about 30 minutes to finish it.


  3. says:

    tahun lepas saya membeli buku nipis ini yang berbalut plastik, seterusnya saya berhenti di restoran untuk makan, sambil menunggu makanan sampai, saya buka balutan buku dan membelek belek ,saya kehairanan , buku apa ini kartun bukan apa yang saya expect dari karya ustaz hasrizal , pulang ke rumah buku ini berehat lama diatas rak buku Buku ini mula dibaca lebih kurang 3 4 hari yang lalu, sifatnya yang nipis cepatlah habisnya Tapi walaupun nipis kenapa sampai 4 hari kerana ia sarat dengan makna, kita akan membeleknya berkali kali , dialog yang pendek dan lukisan yang simple menyebabkan kita merenung panjang memahami maksud saya mula benar benar faham setelah membaca pada muka surat 45 dan keatas, dan kembali semula merenung apa yang hendak disampaikan bermula dari muka 1, ini ialah karya kreatif, maklumat yang disampaikan dalam bentuk komik ilustri ini mungkin menarik ramai pembaca muda untuk mencapai faham , tapi entah mengapa saya masih memilih membaca karangan panjang mungkin benar penerimaan manusia berbeza, kata cikgu saya dulu dulu ,anak murid ada macam macam jenis penerimaan pada setiap subjek , ada yang jenis visual mereka cepat faham kalau dilakarkan di papan putih, ada yang jenis audio mereka yang senang faham dengan cara mendengar ceramah berjela, ada yang jenis exercise iaitu faham dengan latihan berulang kali melalui buku ini saya memahami betapa komunikasi yang salah itu akan memberi maklumat yang salah, dan maklumat yang salah akan memberi kefahaman yang salah dan kefahaman yang salah akan menhasilkan output yang salah.


  4. says:

    Buku ringkas dan padat 61 pages je Buku ini sebelum diterbitkan pada 2014, ia dijual dalam bentuk e bookSeperti karya The Muslim Show, Creative Caliph berusaha menyampaikan pesan2 Ustaz Hasrizal dalam artikel2 beliau dalam bentuk komik Bayangkan dahsyatnya usaha mereka, artikel ustaz yg kadang hingga 8 m s malah lebih nak dipendekkan menjadi 2 dialogSeperti biasa, tulisan Ustaz Hasrizal banyak membuka minda membuatkan kita memandang kehidupan dlm sisi yang berbeza Dalam buku ini, apa yg spesialnya artikel2 ustaz yg sering kita baca di web beliau mahupun fb beliau diringkaskan menjadi dialog dan penuh lukisan warna warni Sangat sesuai untuk yg x suka baca tulisan yg panjang tp masih ad niat ingin belajar sesuatu dr penulisan ustazAntara isu yg dihiglightkan adlh masalah komunikasi keluarga yg berlaku hari ini Bagaimana seharusnya ayah berperanan Ibu juga anak Serta teguran kepada gaya kita berbahasa dan banyak lagi mutiara berharga


  5. says:

    Buku buku Ustaz Hasrizal memang dinanti Begitu juga coretan panjang lebar beliau di blog saifulislam.com Gaya penulisan dan pemikiran beliau sangat istimewa Usaha menyampaikan mesej dan dakwah dalam bentuk ilustrasi kreatif ini pula memang cubaan beliau yang sangat baik Syabas ustaz, teruskan berkarya, kami menanti buah fikiran ustaz yang seterusnya.


  6. says:

    Walaupun nipis, dan pendek pendek saja, sebenarnya sukar untuk saya baca Ia buku yang saya tak boleh baca saja saja sambil berdiri dalam tren, ia memerlukan saya untuk faham tanpa bantuan pengolahan penulis secara total Bagi saya, buku ni adalah di taraf yang berbeza Bagus.


  7. says:

    Want to observe the deepest in every


  8. says:

    Buku yang ringkas dengan ilustrasi yang menarik Mudah faham apa yang penulis ingin sampaikan.


  9. says:

    Komen komen dari para pembaca setakat ini memberikan harapan agar buku seperti ini perlu diperbanyakkan lagi sirinya.


  10. says:

    Nasihat dan ungkapan komunikasi dilakar menerusi karikatur untuk menarik perhatian pembacasatu percubaan yang berani dan terbaik