Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g african american

download Best Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon TinAuthor Hasrizal Abdul Jamil – Pandora-jewelry.co

Amazing E Book, Travelog Tarbiah Rindu Bau Pohon Tin By Hasrizal Abdul Jamil This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Travelog Tarbiah Rindu Bau Pohon Tin, Essay By Hasrizal Abdul Jamil Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You


10 thoughts on “Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin

  1. says:

    Sesiapa yang pernah ke Jordan, pasti digigit rasa sayu dan rindu pada bumi Syam kerajaan Hashimiah ini Entah kenapa, hati saya dihempap dengan pelbagai perasaan Lucu, sedih, sayu, rindu, bangga, gembira Lucu, mungkin kerana saya sendiri berada di Jordan, jadi saya mengiyakan setiap apa yang diceritakan oleh Ustaz, kerana Arab tetap Arab Ternyata masyarakat Jordan tidak berubah dari zaman Ustaz hingga ke zaman saya ketika ini Sedih, mungkin kerana pengajian saya berbaki setahun lagi, dan saya kurang pasti apa yang telah saya kutip di bumi Anbiya ini Sayu, mungkin kerana saya telahpun mula digigit bibit bibit rindu yang bakal saya rasakan nanti setelah meninggalkan Jordan Biar Jordan secara lahiriahnya tidaklah sebaik Malaysia, namun tetap bumi ini mengajar banyak perkara, bumi yang menjadi saksi kedewasaan saya Gembira pula, mungkin kerana saya bersyukur sekali Tuhan mencampakkan saya ke bumi ini, sekaligus buku ini merupakan cetusan semangat untuk terus bersemangat mengutip mutiara dan menelan ujian dengan penuh sasa.Setiap perjalanan hidup Ustaz di bumi Jordan ini saya dapat fahami dan hayati dengan baik Saya rasa jika saya bukan pelajar di Jordan, mungkin sedikit sukar untuk saya fahami titian pengalaman Ustaz dengan baik Diselit dengan perkataan perkataan Arab, ditambah pula dengan ketiadaan glosari, buku ini mengalami kekurangan dari sudut itu Pada awal bab, buku ini membawa saya mengimbau pada kenangan awal ketika saya tiba di tanah Jordan ini suatu ketika pada tahun 2012 September 2012 Cuma saya akui, jangkaan awal saya terhadap Jordan sedikit tinggi Namun hakikatnya Jordan bukanlah London Walaubagaimanapun, saya harus akui di sini bahawa setidaknya belajar di luar negara akan membangkitkan semangat cintakan negara Bukan homesick tau Tetapi kita akan lebih cakna, bertekad mahu membawa transformasi terhadap negara hasil daripada hidup dalam budaya orang lain Benarlah kata Ustaz Mu tah merupakan sebuah negeri yang terletak jauh di ceruk peta negara Jordan Tidak seperti negeri yang saya diami Irbid Irbid merupakan sebuah bandar yang terkenal di Jordan sebagai bandar pendidikan kerana terdapat dua buah universiti iaitu Universiti Yarmouk YU dan Jordan University of Science Technology JUST Saya sendiri akui, saya jarang turun ke Mu tah melainkan jika pakej jaulah yang saya ikuti mengandungi aktiviti ziarah Ma rakah Mu tah medan perang Mu tah , ataupun jika ada sebarang program atau aktiviti yang memerlukan saya untuk turun ke sana, seperti mesyuarat, konvensyen, simposium dan lain lain Saya tidak punyai sebab lain untuk ke sana kerana ianya jauh.Sekali lagi saya mengiyakan kata kata Ustaz Dipendekkan, orang Arab ini kalau jahat sepertinya Abu Jahal, tetapi kalau orang Arab yang baik masha Allah, kebaikannya benar benar mengesankan, sehingga terasa indahnya sunnah berakhlak mulia Kemudian Ustaz juga membawakan kisah kisah realiti pelajar Malaysia di Jordan Saya secara peribadi tidak menyalahkan Ustaz dengan setiap pendedahan negatif yang ditulis di dalam buku ini Saya rasa semua orang patut maklum realiti negara Timur Tengah itu bagaimana Saban tahun kita menyaksikan kebanjiran pelajar pelajar Malaysia ke negara Timur Tengah, seperti Mesir, Yemen, Arab Saudi, Jordan juga tidak terkecuali Persoalannya mengapa fenomena ini terjadi Mungkinkah propaganda Ayat Ayat Cinta telah menyerap masuk ke dalam jiwa jiwa remaja Muslim di Malaysia Mungkin juga ya, mungkin juga tidak Jawapannya sendiri ada pada tangan kita semua mahasiswa Timur Tengah Ringkasnya, apa yang saya boleh rumuskan di sini, janganlah memulakan mindset yang tinggi tinggi terhadap Jordan, biarpun currency negara Jordan agak tinggi itu bukan ukuran kemewahan dan ketinggian taraf hidup masyarakat di sini Ya, Jordan negara empat musim boleh main salji dan feeling like in Europe gitu Makanan di sini pun sedap sedap Kedudukan Jordan yang terletak hampir dengan Arab Saudi, Turki dan lain lain boleh mengurangkan kos jika berhajat untuk menunaikan umrah ataupun travel Jordan sendiri pun ada pelbagai tinggalan sejarah yang menarik seperti Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Petra Bagaimana Seronok kan Namun jangan lupa, Jordan dikelilingi oleh negara negara yang sedang bergolak seperti Syria dan Mesir, jadi tidak hairanlah berlaku kebanjiran pelarian dari Syria dan imigran dari Mesir Oh ya, kes kes keselamatan juga semakin meningkat tahun demi tahun Saya enggan ulas lanjut perkara ini, cukuplah umum mengetahui bahawa Jordan pun tidaklah selamat mana Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia membebankan kehidupan seharian di sini Di sini juga, anda harus terima cara bekerja atau budaya kebiasaan masyarakat setempat, atau lebih khusus lagi, sistem pengurusan mereka tidak begitu tersusun Yang ni perlu banyak bersabar, hehe Kata kunci di sini jangan terpedaya dengan indahnya khabar, kelak akan kecewa dengan rupanya.Saya juga tertarik dengan kisah Ustaz semasa mengerjakan haji Saya kembali merindui tanah suci itu Masih segar, belum lama saya tinggalkan tanah itu Januari 2015 Pengalaman 24 jam menaiki bas menuju ke Arab Saudi benar benar teruji Ah, sungguh saya merindui saat saat itu Hah dah siap travelog mini saya Terima kasih yang sudi membaca Sebenarnya reviu saya cukup setakat baca perenggan pertama dan kedua, yang selebihnya adalah catatan yang sengaja saya coretkan atas nama sebuah perkongsian Selamat membaca buku ini dan selamat mengambil ibrah.


  2. says:

    Rindu Bau Pohon Tin Hasrizal Abdul Jamil Galeri Ilmu 2012.1 Mula mula aku tengok kulit buku ini, ternampak gambar penulis Ada iras iras kawan serumah aku Fakhri Husin.2 Buku ini mengandungi 2 bahagian, 27 catatan setebal 165 mukasurat.3 Di dalam buku ini, Ustaz Hasrizal berkongsi pengalaman beliau sewaktu menuntut ilmu di Bumi Jordan.4 Setiap catatan peristiwa yang ditulis oleh beliau mengandungi pengajaran yang boleh kita teladani.5 Apa beza jalan dengan jalan jalan Jalan is you do the walking with reason, and jalan jalan is just a waste of time 6 Buat mereka termasuk aku yang belum pernah sampai ke Jordan, korang bolehlah baca buku ini Bila kau baca buku ini, kau akan berimaginasi yang engkau sedang berada di Bumi Jordan Tak percaya Cubalah baca dulu.7 Meminjam kata kata Benjamin Franklin iaitu If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing 8 Eh, sekejap Pohon Tin tu bentuk dia macam mana Buah tin ada bau ke Entah, aku pun tak tahu.9 Selamat membaca duniaBOOKku alonalonjanjikelakon breatheNread galeriilmu 2017readingchallenge ENAMpuluhSATU


  3. says:

    4.5 bintang sebenarnya Tidak mencapai 5 bintang kerana terasa kembara ini begitu singkat Rasa tak puas Perasaan mahu lebih lagi itu membuak buak.Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal atas perkongsian pengalaman yang penuh bermakna ini Walau buku ini tipis namun dalam mengusik emosi saya Bercampur baur perasaan saya sepanjang membaca buku ini Rasa hendak menangis tetapi tak tahu mengapa Ibarat perasaan itu wujud tidak semena mena tanpa ada hujung pangkalnya Mungkinkah saya sebegitu mendalami perasaan ustaz dalam coretannya ini Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.Dan buku ini saya cadangkan kepada semua teman untuk membacanya Bacalah dengan minda yang terbuka dan jiwa yang lapang Ambil pengajaran pengajaran penuh hikmah di dalam buku ini Insya Allah, pengalaman orang kita jadikan tauladan dan sempadan agar diri ini menjadi lebih baik daripada semalam Akhir kata, saya sangatlah berasa puas hati menghabiskan bacaan buku ini sampaikan sanggup menunda sebentar kemelut menyudahkan PSM Sekian, wasalam.


  4. says:

    Ada bahagian kelakar betul tetapi terpaksa tahan ketawa sebab duduk dalam library Saya susah nak ketawa tapi bila ketawa susah pulak nak berhenti Terpaksa tutup mulut tadi tahan suara dan cari tempat tak ada orang.


  5. says:

    Bismillah, Buku ini adalah buku pertama hasil karya Ust Hasrizal Abd Jamil yang sudah dihabiskan Semasa cuti summer yang lepas di Malaysia saya sudah mulakan buku Menalar Makna Diri tetapi masing belum sempat habiskan niatnya dibawa sekali semasa musafir ke Ireland, tetapi terpaksa tinggalkan bersama keluarga di KLIA akibat terlebih muatan dan berat beg luggage Ust Hasrizal berkongsi mengenai kisah dan pengalaman yang beliau lalui semasa bergelar pelajar di bumi Syam Jordan sejak beliau berumur 18 tahun 18 tahun adalah usia yang muda dalam pemuasafiran mencari ilmu Semasa di Jordan, beliau menuntut di Universiti Mu tah di daerah agak terpencil di bumi Jordan Kembara mencari ilmu dan bekalan pengalaman yang dilalui Ust Hasrizal yang membentuk beliau hari ini Seorang ulama dan pemikir Islam yang terbuka dan bersikap progressif dalam pandangan peribadi dan perbezaan pendapat Hasil pembelajaran di bumi Jordan dan berkhidmat di bumi Ireland telah memberikan advantage buat jiwa ustaz Buku yang menguatkan diri saya untuk ke menjejak kaki di bumi Jordan Buku yang menggunakan bahasa ringan dan yang mudah difahami tetapi membawakan mesej yang amat penting.Buku wajib baca bagi menguatkan diri dalam perjalanan bergelar pengembara di bumi asing dunia.


  6. says:

    bukan yang aku expected seperti aku baca buku , frankly buku secangkir teh ni buku adventure yang paling best aku baca, buat aku rasa nak pi ke turki so aku bagi buku tu 5 star tapi buku sepohon tin ni not bad as well. buku ni pengembaraan ke jordan, namun aku rasakan sequel pengembaraan kedua tu secangkir teh tu still the best.Sori aku compare tapi ni pendapat aku sendiri Still, buku hasrizal antara buku yang aku nak buat collection buku. Menarik penulisannya.


  7. says:

    3.5 star


  8. says:

    Saya bagi pinjam buku ni pada kawan.Kawan bawa balik rumah.Katanya adik dia baca tak boleh berhenti sebab menarik.Mak dia pun baca sekali sampai mak dia kata Mana buku mak tadi


  9. says:

    Tulisan Ustaz Hasrizal selalu membangkitkan semangat, mengimbau sejarah jerit payah sehingga Islam bertapak di dunia.Selalu terjumpa semangat yg saa setiap kali membaca buku beliau.


  10. says:

    Kadang manusia punya pilihan, 1 Belajar dari pengalaman sendiri Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia Akan ada saja masalah cabaran ujian yang bersilih ganti 2 Belajar dari pengalaman orang lain Sama ada melalui pena yang tertuang dikertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.Kedua dua pilihan berkongsi penghujung yang sama Kisah pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.Insaf Sedar hidup sekadar pinjaman Ehsan dan rahmat Tuhan.Ada sesuatu yang menanti selepas kematian Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti Sesuatu yang lebih tinggi Lebih bernilai.Itu Syurga dan redha Tuhan.Bacalah kisah penulis bermusafir di bumi Jordan dalam buku ini p s Selepas kisah penulis di tanah ireland Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu Sekarang tengah tercari cari kesempatan untuk membaca travelog penulis di bumi turki pula.