Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g linguistics

❮PDF / Epub❯ ☉ Natrah Author Fatini Yaacob – Pandora-jewelry.co

Buku Ini Berkisarkan Kisah Natrah Atau Nama Sebenarnya Nadra Binti Ma Aruf Atau Huberdina Maria Hertogh Atau Bertha, Anak Belanda Beliau Menjadi Anak Angkat Kepada Ibu Melayu Yang Bernama Che Aminah Bind Mohamad Yang Berasal Dari Kemaman, TerengganuNama Natrah Muncul Pertama Kali Dalam Akhbar Kerana Perbicaraan Perebutan Hak Penjagaan Antara Ibu Angkat Melayunya Dengan Ibu Bapa Kandungnya Di Belanda Kesnya Kemudian Menjadi Lebih Besar, Rumit Dan Mendapat Perhatian Masyarakat Antarabangsa Kerana Natrah Berkahwin Pada Umur Tahun Dengan Seorang Pemuda Bernama Mansor Adabi, Tahun Secara Islam Kemudian Dibicarakan Bawah Undang Undang Sivil InggerisKesnya Menjadi Terkenal Apabila Berlakunya Rusuhan Berdarah Di Singapura Demi Membela Natrah Yang Cuba Dikristiankan Dan Membela Islam Yang Cuba Dihina Oleh Akhbar Propenjajah Ketika ItuSebelum Ini Buku Ini Berbentuk Tulisan Kewartawanan Berasaskan Penyelidikan Di Perpustakaan Dan Di Lapangan Dan Diterbitkan Selama Empat Bulan Melalui Majalah Dewan Masyarakat, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka DBF Pada Bulan Februari, Mac, April, Dan Mei Kini Kisah Natrah Ini Dirakamkan Kembali Dalam Bentuk Buku Dengan Gaya Penulisan Kewartawanan Kreatif, Kerana Empat Sebab Yang Utama Pertama Untuk Melengkapkan Kisah Hidup Atau Biografi Natrah Setelah Beliau Meninggal Dunia Pada Julai Kedua Untuk Memberikan Maklumat Yang Lengkap Khusus Kepada Pembaca Yang Baru Mengikuti Kisah NatrahKetiga Untuk Memberikan Penghargaan Terhadap Perjuangan Para Pejuang Membela Agama Dan Menentang Penjajah, Di Sebalik Kisah Cinta Natrah MansorKeempat Untuk Membangkitkan Rasa Cinta Kepada Agama, Bangsa Dan Tanah Air


10 thoughts on “Natrah

  1. says:

    Satu usaha yang sangat teliti dan mendalam dalam menyingkap sejarah rusuhan di Singapura pada 1950 Sebagai pembaca, saya sangat terhutang budi dengan kesungguhan penulis dalam menyampaikan kisah Natrah ini.Saya mula membaca tentang Natrah semasa berada di tingkatan 2 atau 3 2010 atau 2011 kalau tidak silap saya Sumber bacaan saya hanyalah dari Internet semata mata Dan ternyata ada juga sedikit salah faham saya terhadap sejarah ini Setelah berpeluang membaca buku ini, saya juga tidak menyangka kisah Natrah sebegini tragik sehingga masa tuanya Yang saya tahu sebelum ini hanyalah sejarah rusuhan sampai dia dibawa lari ke Belanda.Rupa rupanya, kisah hidupnya lebih daripada itu.Semoga Tuhan tempatkan Ibu Natrah Mama Bertha di syurganya Saya masih ingat rakaman video terakhir wawancara sebelum dia meninggal dunia, sayangnya, rakaman ini sudah tiada di laman YouTube Hello everybody, Im NadraI cannot come to your placeThat s the reason why I talk from hereIm glad you learn about my lifeThus, I hope you show respect to everybody, to religions and to God.God bless you,Thank You and I love you Sampai akhir hayatnya, Natrah masih lagi mementingkan orang lain berbanding dirinya sendiri Jasadnya tidak dikebumikan tetapi didermakan untuk tujuan penyelidikan kanser darah leukimia.Insan yang derita sepanjang hidupnya tapi tetap bangkit di penghujung hayatnya dan kembali ke sisi Tuhannya dengan tenang dan bahagia Sampai bila bila pun, saya takkan lupakan sejarah seorang perempuan bernama Natrah ini


  2. says:

    Pertama kali mendengar nama Natrah apabila mengikuti satu ceramah agama di Utm Tidak lama kemudian terjumpa buku ini ketika jualan buku di hadapan perpustakaan utm psz dan bertemu dengan penulisnya Datin Fatini Yaacob ketika beliau dijemput untuk satu program bual bicara di Dewan Canselor Utm.Didalam ceramah berkenaan ustaz tersebut dengan bangga mengatakan betapa ramainya yang sanggup datang menyokong Natrah sehingga berlakunya rusuhan besar Tetapi hakikatnya dari buku yang ini, Natrah sendiri sangat takut melihat orang ramai merusuh dan tidak ingin perkara tersebut berlaku Semua orang yang ingin tahu kisah sebenar Natrah perlu membaca buku ini supaya dapat maklumat yang tepat.


  3. says:

    Selesai membaca tulisan Dr Fatini Yaacob ini, sukar untuk melupakan pergolakan dalaman seorang Natrah atau Huberdina Maria Hertogh Beliau diibaratkan sebagai collateral damage sebuah pertikaian antara dua negara, dua wanita dan dua agama.Saya sangat menghargai usaha penulis untuk merungkai sejarah hidup Natrah dengan menemuramah figura figura penting yang memainkan peranan semasa nasib Natrah dibicarakan di Singapura bekas suaminya Mansor Adabi, saudara angkatnya dari Jepun Kamariah juga Vermeulen seorang warga Belanda yang berusaha menyampaikan surat surat dari Mansor kepada Natrah semasa tempoh awal Natrah dibawa pulang ke Belanda.Figura ibu angkatnya, Che Aminah juga bukan calang calang Seorang wanita yang berpendidikan dan juga merupakan usahawan emas yang bermati matian cuba mempertahankan hak penjagaan Natrah dari ditarik.Kebangkitan masyarakat semasa Rusuhan Natrah pada 1950 juga membuka mata kita akan lahirnya bibit bibit kesedaran dalam menentang penjajahan Rusuhan berdarah ini mengorbankan 17 nyawa dan puluhan yang lain tercedera.Membaca kisah Natrah ini pasti akan membuatkan kita bersimpati kepadanya Kehidupan bahagia bersama Mansor Adabi ditarik sekelip mata dalam pertikaian undang undang yang menafikan haknya sebagai manusia Juga membawa kepada kesedihan berpanjangan dalam keempat empat perkahwinannya.Pesan penulis, sememangnya Natrah telah berubah dari segi pegangannya, tapi lihatlah dia sebagai seorang yang diuji dengan ujian yang berat dan pada akhir usianya telah menemui ketenangan dalam hidup Semoga kita semua mengambil pengajaran dan terus bersyukur.


  4. says:

    Such a good book So detailed and laden with facts that most of us don t know about Maria Hertogh Personally I love reading History books and this is one of the best Highly recommend this book for History lovers As the title shows, Cinta, Rusuhan, Air Mata which means Love, Riot, Tears the book is not entirely about the famous riots that occured in 1950 The book also revolves around Maria Hertogh s life, her early marriage that was annulled, and most significantly, showing how biased the colonial system was The superiority that the Westerns felt Or feel Hmm are so evident in this book I especially love the part where the author had the opportunity to meet Maria Hertogh herself in Netherlands who was by then no longer in her youth Maria Hertogh was given the chance to tell her story even though it happened decades ago about her parents, reunification back in Holland, leaving Singapore, leaving Che Aminah and ex husband Mansor, change of religion again, the manipulation regarding her life story and so much Yes, the part where Maria Hertogh decided to open up and talk about her life from her own perspective is perhaps the most exclusive part in this book Frankly, I have trouble reading books in Malay as I am too used to reading English instead of my own Mother Tongue Language But this book doesn t disappoint


  5. says:

    Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu diulas tentang buku Natrah Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob Garapan dan naratif yang indah dan kerap kali penuh syahdu benar benar merayapi seluruh jiwa saya di sepanjang pembacaan Memang benarlah kata penulis bahawa corak naratif buku sejarah ini berbentuk kewartawanan kreatif.Bahagian terakhir buku ini yang memerikan Natrah kembali ke Singapura dan Kemaman, Terengganu setelah berpuluh tahun benar benar mengujakan saya Sangka saya ialah Fatini dan kerajaan Malaysia yang membawa Natrah menemui keluarga angkat di Kemaman Patutlah ketika itu, bertarikh 29 Januari 1998 bersamaan malam hari raya Aidilfitri 1419 Hijrah, langsung tiada khabar berita diketahui oleh rakyat Malaysia Rupa rupanya setelah seminggu berada di Singapura, Natrah dan beberapa orang lagi ke Kemaman Semuanya bagaikan komplot supaya dunia tidak mengetahuinya, terutama sekali orang Melayu dan Islam di Malaysia Saya turut merasai kekecewaan yang dialami oleh penulis Fatini Namun komplot baik itu mengembirakan Natrah.Lagi


  6. says:

    I am a history freak particularly on the Malay issues I first heard of Natrah s dilemma when I was a kid, watching the documentary My Name is Natrah, Not Bertha and the essence of the programme resonated in my mind, until now To really fathom the real gist behind the scene was somewhat an alleviating experience Nevertheless, it was sad to find that Natrah became the victim of egoism torn by the tug of war between two families, two religions and two countries The little girl s happiest life in Malaya soon turned topsy turvy when she was forced to go back to Netherlands, only to be possessed as a biological asset rather than a daughter.How I wish her life would be different This is a melancholy story of Huberdina Maria Hertogh Natrah Nadra.


  7. says:

    Kisah natrah sangat menyentuh jiwa saya Walaupun saya masih belum dilahirkan ketika kisah natrah bermula, akan tetapi dengan adanya buku daripada penulis yang saya segani iaitu puan fatini saya rasakan seolah olah saya berada di zaman tersebut Banyak kisah kisah kehidupan natrah yang diabadikan didalam hidup ini Saya pasti, tiap tiap anak muda yang ingin mengetahui mengenai natrah harus membaca buku yang lengkap ini.


  8. says:

    kisah lengkap Natrah sehingga ke akhir hayat


  9. says:

    Kisah yang sangat menyayat hati sebab Natrah sangat banyak melalui dugaan hanya untuk mempertahankan keislamannya Namun, pihak Belanda berlaku tidak adil kepadanya dengan menghalangnya untuk mempraktikkan agamanya Sungguh Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat dirinya Buku ini juga terdapat dalam versi eBook yang aku sendiri lebih gemar menggunakkannya Jika korang juga seperti aku silalah klik link ini


  10. says:

    Buku ini berkisar tentang kehidupan Natrah atau Huberdina Maria Hertogh semasa hidupnya Dari awal hidupnya di Malaya, sehingga dia di bawa pulang ke Belanda Penceritaannya memang best senang untuk difahami Kalau sesiapa yang sukakan sejarah, boleh dapatkan buku ni Rasanya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan.