Public library Books Toute l'UE1 en fiches PACES - 2ed Chimie g australia

download Prime Islam Di Barat Muslim di Timur – Pandora-jewelry.co

Buku Yang Bergenre Travelog Intelektual Ini Adalah Hasil Daripada Refleksi Peribadi Penulis Terhadap Persekitaran, Keadaan, Suasana Termasuk Emosi Dan Perasaan Semasa Kembara Ilmiah Beliau Di Serata Dunia Walaupun Telah Mengembara Puluhan Negara Di Dunia Ini, Penulis Secara Khusus Memilih Memilih Kota Kota Ini Iaitu Mekah Madinah Gaza Kaherah Rafah Alexandria Zagazig Tokyo Kyoto Sendai New York City Chicago Dallas Boston Indianapolis Washington DC Untuk Perkongsian Pengalaman Kembara Ilmiah IniPengembaraan Di Kesemua Destinasi Ini Memberikan Begitu Banyak Pengalaman, Ilmu Pengetahuan Dan Pengajaran Bukan Itu Sahaja, Pengembaraan Di Timur Dan Barat Ini Memberikan Pengalaman Yang Sangat Bermakna Kepada Penulis Daripada Pelbagai Aspek KehidupanPenulis Menyaksikan Bagaimana Beberapa Nilai Islam Diamalkan Di Dunia Barat Manakala Dunia Islam Meninggalkan Nilai Nilai Islam Yang Sepatutnya Menjadi Pegangan Umat Islam


10 thoughts on “Islam Di Barat Muslim di Timur

  1. says:

    Banyak ilmu pengetahuan baru diperoleh bila membaca buku Travelog Islam Di Barat Muslim Di Timur Penulis membawa pembaca menelusuri perjalanan kembara dakwahnya ke Mekah Madinah Gaza Kaherah Rafah Alexandria Zagazig Tokyo Kyoto Sendai New York Chicago Dallas Boston Indianapolis Washington DC.Sepanjang berada di Jepun, penulis menceritakan tentang betapa orang orang Jepun sangat menepati masa Mereka tidak suka lewat seminit pun Pengangkutan awam di sana, mesti bergerak dan sampai pada masa yang telah di tetapkan Begitu juga dalam masalah kebersihan Walaupun mereka bukan Islam, tetapi amat menitik beratkan aspek kebersihan Tandas awam amat bersih dan sampah tidak di buang merata rata Penulis membandingkan dengan kekotoran yg dilihatnya di kawasan rumah Imam Shafie di Mesir Walaupun Islam amat menekankan kebersihan, tetapi ramai yang tidak mengamalkannya Berbeza dgn mereka di Jepun, mereka bukan Islam tetapi mengamalkan sama seperti yg di tuntut oleh agama Islam Semasa penulis menceritakan perjalanannya ke Gaza, rasa terharu sangat dan kita dapat rasakan debaran utk penulis dapat masuk ke sana Ini kerana, penulis tidak mendapat kelulusan utk masuk ke Gaza walaupun pelbagai usaha di buat Akhirnya, mereka melalui jalan rahsia dgn melalui terowong bawah tanah Rasa macam kita membaca kisah adventure perjalanan ke Gaza ini.Selain dari itu, saya terkesan bila penulis menceritakan pasal masjid di Dallas, semasa beliau ke Amerika Syarikat Penulis menceritakan tentang betapa orang2 di sana sangat mengimarahkan masjid Walaupun ketika musim sejuk, warga Dallas tetap memenuhi masjidmalah pada waktu Subuh pun jemaah masjid sangat ramai, di mana hampir 300 orang datang utk solat Subuh di masjid Berbeza dengan di tempat kitajemaah yg datang ke masjid pada waktu subuh boleh di bilang dengan jari Masjid masjid di Amerika, di bina dibiayai oleh komuniti Islam di sana Memandangkan tiada peruntukan yang diperolehi dari kerajaan, ini menyebabkan masjid mereka bebas dari pengaruh politik Ini berbeza dengan di tempat kita, kerana pengaruh politik kadang2 mempengaruhi fungsi masjid Khutbah masjid tidak perlu mengikut teks khutbah, dan ini berbeza dengan negara kita Terlalu banyak perkongsian penulis sepanjang travelog beliau yang boleh di ambil iktibar dan pengajaran kepada kita Terasa kerdil diri dan membuatkan kita insaf dan berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik Sebagai orang Islam, jika kita mengamalkan seperti yang di ajar oleh agama Islam, pasti kita akan lebih cemerlang dari orang bukan Islam Apa yang menjadi masalah sekarang ialah orang bukan Islam yang mempraktikkan cara hidup seperti yang di ajar oleh Agama Islam Apa yang di paparkan oleh penulis untuk memberi kesedaran kepada umat Islam semata matabukan untuk merendahkan ajaran Islam Ajaran Islam itu amat baik, cuma masalahnya masih ramai penganutnya yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.


  2. says:

    Keseronokan membaca sebuah travelog kerana kita akan mendapati sekian banyak hikmah daripada pengalaman orang lain Tempat yang belum kita jejaki, orang orang yang belum kita temui, kita perolehi melaluinya.Pengalaman yang dikongsikan penulis mengembara di Jepun, Mesir, negara Barat di dalam perjalanan akademik beliau sangat mengujakan Seronok membaca gambaran budaya keilmuan, masyarakat sivil yang ada di negara Barat Pengalaman penulis bertemu nama besar di dalam dunia intelektual sesuatu yang memberikan inspirasi Sheikh Ali Jumuah, Karen Armstrong, Prof John L Esposito, Syed Hossien Nasr dll.Satu nama yang melekat kuat di ingatan, Prof Intisar Rabb Wanita muslim berhijab berbangsa African American yang merupakan Pengarah Pertama Islamic Legal Studies Programme ILSP Harvard University.Antara kesimpulan penting di hujung buku ini, reformasi yang diperlukan dunia Islam adalah pembaharuan yang bersifat tulen, seimbang dan berintegrasi Reformasi yang sempurna melibatkan aspek moral dan spiritual, intelektual dan ideologi, pendidikan, politik dan sosio ekonomi Reformasi politik tanpa reformasi intelektual dan moral hanya menuju kegagalan.Masyarakat tanpa ilmu hanya akan terus jahil dan tidak dapat membuat perubahan dalam sistem politik Era kini, pasca modenisme Islah pembaikan dan tajdid pembaharuan bukan lagi hanya reaksi tetapi lebih kepada PROJEK dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam.Salah satu ciri penulis yang baik adalah penulis yang dapat menimbulkan rasa ingin membaca buku yang lain selepas membaca bukunya Kali ini, saya tidak sabar mahu membaca buku Alchemist tulisan Paul Coelho selepas menghabiskan buku ini.


  3. says:

    semasa dan sesudah baca buku ini, ada rasa sedih dengan keadaan Islam dan Muslim di dunia ini Tetapi pada waktu yang sama, timbul semangat untuk menambah pembacaan dan memperbaiki diri ke arah Muslim yang lebih baik mula dengan diri sendiri dululah. mari membaca terbaik. sabar menanti buku keduanya


  4. says:

    Buku ini telah membawa saya bersama mengembara ke negara negara yang dijelajahi Mula mula membaca buku ini tidaklah begitu menurajakan namun membaca dari satu mukasurat ke mukasurat seterusnya semakin mengubah persepsi saya dan menjadikan saya semakin ingin tahu lagi apa lagi perkara yang dialami oleh penulis Sangat menginspirasikan bila penulis berkongsi dari sudut sejarah tempat tempat yang dilawati, senibina bangunan, gaya dan taraf hidup masyarakat di tempat tersebut serta tidak ketinggalan untuk penulis memasukkan elemen dari sudut pandang yang berbeza dari buku buku travelog yang lain.


  5. says:

    Pada awal buku ini diluncurkan, saya tidak menyangka ianya sebuah travelog Saya beriya untuk dapatkan buku ini kerana sangkakan ianya analisa serius antara dunia Islam dan barat, tambahan ianya karangan salah seorang tokoh kegemaran saya yang banyak saya rujuk soal perundangan dan ekonomi Pada saya buku ini tidak memuatkan pemerhatian secara adil kepada dunia Islam dari segi kuantiti kandungan Kisah penulis di haramain dan ardul kinanah hanya sekitar 1 4 daripada buku Berbanding penceritaan keberadaannya di US yang lebih banyak muka surat diperuntukkan untuk diceritakan.Biarpun begitu, buku ini menanamkan rasa ingin membaca buku buku yang dinyatakan oleh penulis sebagai penguat hujah sepanjang penulisannya Ini sesuatu yang baik.


  6. says:

    Sejujurnya saya mengambil masa yang agak lama untuk membaca travelog ini.Selalunya apabila membaca travelog tidak sampai 2 hari saya sudah habis membacanya.Saya berasa agak terkilan dengan keberhasilan buku ini.Walaupun banyak maklumat baru yang diperolehi tetapi saya tidak berasa teruja untuk menghabiskan buku travelog berilmiah.Mungkin saya akan reread balik bila tiba masa yang sesuai dan memberi review yang lebih baik mengenai buku ini.


  7. says:

    Penulis berkongsi akan pengalamannya semasa merantau ke beberapa buah negara yang dilawatinya Bumi Haramain, Gaza, Mesir, Jepun, dan Amerika Syarikat Penulis juga ada memasukkan sedikit pengalamannya berada di negara selain dari yang disebutkan diatas seperti United Kingdom Saya merasakan buku ini sangat penting untuk dibaca sebagai panduan untuk setiap Muslim yang ingin pergi ke mana mana negara terutamanya negara yang bukan bermajoritikan Muslim Ini kerana panduan yang diberikan oleh penulis sangat straightforward dan amat membantu dalam mengukuhkan lagi aqidah dan iman dalam setiap individu Muslim Buku ini adalah satu bonus bagi saya sebagai seorang sarjana dalam bidang Perbankan Kewangan Islam, adalah sangat bertepatan saya membaca tentang pengalaman penulis berjumpa usahawan usahawan dan ilmuan Muslim berkenaan dengan kursus yang relevan dan di dalam industri yang sama Benar, saya telah mendapat banyak ilmu yang akan dapat diamalkan dan dipraktikkan, inshaAllah Ada beberapa cerita yang dikongsi beliau yang telah membuka minda dan hati saya untuk mengubah diri menjadi lebih baik lagi Serius Saya sangat terinspirasi Saya terinspirasi untuk melawat negara negara yang telah beliau sebutkan juga yang tiada disebutkan Terinspirasi untuk melawat masjid masjid, perpustakaan perpustakaan dan kedai kedai buku dalam setiap negara Memang sebelum ini saya ada niat untuk menjadikan tempat tempat ini sebagai destinasi tetapi setelah membaca buku ini, hati saya semakin berkobar kobar ingin merealisasikan impian ini Perjalanan dan pengalaman penulis sangat mengagumkan, subhanAllah Ternyata penulis adalah salah seorang yang terpilih untuk memotivasikan dan menginspirasikan Muslim yang lain lagi untuk menjadi Muslim yang benar benar Muslim.


  8. says:

    Saya bersyukur atas peluang membaca refleksi peribadi seorang ahli akademik dalam pengembaraan beliau serata dunia Antara yang menarik ialah perkongsian tentang persediaan beliau sebelum setiap kembara iaitu dari sudut ilmu Penulis tidak lokek untuk menyenaraikan bahan bahan bacaan yang telah membantu beliau mengenali serta memahami konteks sesuatu negara lokaliti Juga terkesan dengan ketelitian penulis mencatatkan nama, jawatan, malah personaliti dan sumbangan orang orang yang beliau temui sepanjang permusafiran Tidak kurang juga review ke atas pelbagai perpustakaan serta kedai buku yang telah dikunjungi Paling bermakna ialah buah fikiran, pendapat, harapan dan impian penulis untuk Islam dan negara sendiri yang dinyatakan dengan telus dan optimis.


  9. says:

    Tiada hal lain yang difikirkan lagi selepas membaca buku ini melainkan untuk terus kuat menggali ilmu sebanyak banyaknya Ilmu yang membawa kita mengenal hakikat dan tanggungjawab sebagai man of islam Ilmu yang membuatkan kita berilmu dan merendah diri Ilmu yang memaksa kita untuk tidak pernah berhenti memikirkan ahwal manusia yang memerlukan khidmat kita.Bacalah dengan nama tuhanmu